esok masih ada

Monday, February 16
kadang-kala kita lupa,
kita lupa bahawa bercakap bukan sekadar bercakap, mendengar bukan sekadar mendengar,
niat kita dalam perlakuan dan pertuturan disalahertikan, tapi kita sebenarnya sedang mencari satu jalan penyelesaian, mencari persefahaman.
kita meluahkan perasaan, isi hati, dan keinginan untuk difahami.

terikat, terkongkong dan terkurung,
kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama,
kemelut lama yang menghantui dan ikut ke mana saje kita pergi...

bila dunia kita lumpuh, kita belajar untuk bangun semula,
kita makan, kita minum dan membuang masa seperti biasa tanpa menyedari segalanya sudah berubah.

kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan, seperti jugak dalam hubungan sesama insan, lebih kurang sama aje,
itu dan ini mesti ada, mesti ada keinginan dan jugak kemahuan, baru lah boleh suka sama suka.
dan dalam persahabatan, diperlukan keserasian dan keikhlasan, barulah boleh ngam...

menunggu,
hasilnya sepanjang hidup kita asyik menunggu,
menunggu masa, menunggu tanpa ada penghujung sehingga kita asyik menanyakan...
bila? bila? bila? atau sampai bila?
dah jadi macam satu pkerjaan pulak atau satu bidang yang tidak mendapatkan hasil...

Inilah kehidupan, penuh dengan sendu dan tawa, tapi jangan bimbang... esok masih ada... mengharap esok senantiasa lebih baik dari hari ini dan kelmarin...

2 comments:

StaindLee said...

waa.. dee2 jiwang.. bersajak dah ye.. heh2..

kuropiii said...

"terikat, terkongkong dan terkurung,
kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama,
kemelut lama yang menghantui dan ikut ke mana saje kita pergi..."

dushummm kene muke sendirik.....how can i forget 'that'..huuu~

Post a Comment